Jom..sama-sama kita amalkan gaya hidup seperti ini..Termasuklah saya..hihi.

1. Makan lima kali sehari
Harus diingatkan, bagi kamu yang ingin mengembalikan peraturan pertama ini, kuantiti  makanan yang diambil untuk setiap sesi haruslah dalam jumlah yang kecil.Dengan cara ini kamu akan sentiasa berasa kenyang tanpa perlu sentiasa mengunyah. Menu makanannya? Hendaklah ada nasi, lauk dan sayur. Kurangkan pengambilan makanan pada waktu pagi dan malam. Selitkan menu buah-buahan setiap kali selepas makan pagi dan tengah hari.
2. 36 kunyahan setiap suapan
Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan sistem pencernaan di dalam tubuh. Yang menariknya, ia akan mengurangkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak.
3. Menyapu: 23 kalori per 10 minit
Menyapu banyak melatih bahagian otot tangan terutamanya bahagian lengan atas. Jika kamu sesekali membongkok, otot bahagian pinggang juga akan terasa kelegaannya. Gerakan ini sebaiknya dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan secara bergantian iaitu lima kali gerakan tangan kanan dan tangan kiri. Kemudian cubalah berdiri tegak ketika menyapu.
4. 24 kali bangkit tubi untuk kempiskan perut
Bangkit tubi adalah gerakan senaman yang dapat membantu memperoleh perut yang tegang dan kempis. Namun ramai di antara kita yang berpendapat gerakan ini harus dilakukan sehingga ratusan kali sehari. Padahal bangkit tubi yang disarankan hanyalah sekadar 24 kali sahaja.
5. Naik tangga: 61 kalori per 10 minit
Lupakan lif! Sebenarnya dengan menaiki tangga, ia dapat mengencangkan otot paha, betis dan punggung. Jika kamu bergerak dalam keadaan berlari, ia dapat membantu melegakan bahagian pinggang.
6. 16.00: Waktu yang tepat untuk bersenam
Suhu tubuh, kekuatan otot dan jumlah oksigen yang disalurkan daripada peredaran darah ke jaringan tubuh kamu berfungsi sepenuhnya pada jam 4 petang sehingga 8 malam. Waktu begini, kamu memiliki stamina dan tenaga yang cukup untuk bersenam. Selain itu, pembakaran kalori ketika itu adalah di tahap paling ideal.
7. Mencuci pinggan mangkuk: 15 kalori per 10 minit
Setelah perut kenyang, jangan tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor begitu sahaja. Rajinkan diri untuk membasuh kerana ia dapat mengencangkan bahagian otot tangan kamu.