Info Kecantikan

ALAMAK..PORI-PORI KU SEMAKIN KELIHATAN..!!!!

Setiap orang mengimpikan wajah yang licin dan bebas jerawat. Namun tidak semua dapat memilikinya kerana berdepan dengan masalah kulit. Bagaimana dengan masalah pori-pori wajah terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah? Jom semak beberapa faktor utama pori-pori wajahmu terbuka.

Punca-punca:

  • Genetik
Masalah pori-pori wajah terbuka adalah disebabkan faktor genetik   keturunan. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.

  • Penuaan
Apabila seseorang itu semakin meningkat usia, secara semulajadi, penghasilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

  • Cahaya Matahari
Wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan Elastin wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka.

  • Kebersihan
Sekirannya kamu tidak mencuci wajahmu dengan betul, pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar


Antara tips-tips yang boleh diguna pakai..

1. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.

2. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic.



 Hah,...yang ni untuk rambut pulak yer..

Seperti yang kawan2 semua tahu rambut merupakan salah satu mahkota yang perlu dijaga.Jadi,merawat dan menjaga rambut agar tetap cantik tidak hanya dengan rajin bersyampu dan ke salun semata-mata. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari. Tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Jadi tunggu apa lagi! Jom semak bagaimana ingin memiliki rambut sihat dan cantik dengan pemakanan.

1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.