Jumaat, 14 September 2012

Pentingkah Cinta????

  
Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
  • Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.
  • Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.
  • Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.
  • Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.
  • Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

Resepi Ayam Goreng Kunyit By Yana

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit  ( untuk 2 orang makan )
Bahan A untuk resepi ayam goreng kunyit ;
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya utk mengoreng

Bahan B untuk resepi ayam goreng kunyit ;
2 biji jagung muda (dihiris)
2 biji lada besar merah (dihiris)
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2  labu bawang besar (dihiris)
1 labu bwg putih (dipecahkan)
1 sudu kecil minyak untuk menumis
Cara-cara masakan resepi ayam goreng kunyit ;
1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, kemudian toskan minyak.
2. Masukkan dan panaskan minyak di dalam kuali.
3. Kemudian masukkan dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam kuali.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
6. Apabila sayur sudah masak, sila masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Mood mengantuk...huhuhu..

Hai,.u all..today,tak ada ape yang menarik yang yana nak kongsikan.sangat boring tau..kerja semua dah settle..so,makan,online,makan lagi.buka youtube tengok drama yang tengah popular sekarang "ADAM & HAWA".So far,not bad ok..Memang sebijik macam dalam novel..Fuhh,.citer novel ni sangat la best..Yana 4 kali baca,4 kali jugak la nangis 1 baldi..huhu.Memang tak puas la..Baguslah ada usaha orang industri seni untuk dramakan novel yang mana di antara novel ALAF 21 yang popular.Tapi,Yana kat rumah tak ade astro..kesian kiter kan.nasib baik youtube ada..boleh gak tengok walaupun ketinggalan beberapa episod.It's ok..Janji ade kan..Tabik spring la dekat Aaron Aziz dengan Nadya Nissa..So sweet...hihi..

Erm,ok la..customer sudah memanggil sambil jeling manja tue..Di lain masa saya akan coretkan lagi yer..
Thanks sebab sudi membaca coretan yang tak seberapa ini..Selamat Beramal.

Khamis, 13 September 2012

Hidup ini sulit, apa yg kamu inginkan tak akan selalu kamu dapatkan, namun jangan pernah menyerah. Berusaha dan berdoa.

Tegas akan diri sendiri, buang pikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.

Jalani kehidupan dengan penuh kesungguhan, hadapi kenyataan dengan penuh kesabaran. Maka yg akan kita dapat adalah kebahagiaan.

That's a really true guys..so,.wake up.Aku pernah terjatuh,.banyak kali..Dan setiap itu  jua lah aku bangkit..Hingga kini,.ia ibarat roda.Sekejap kita akan berada di atas,sekejap akan berada di bawah kembali.Begitulah putaran hidup ini.Hingga pada satu tahap..aku terasa seakan ingin terus terjatuh..Tapi,kawan2..ingat lah masih ada kawan2,keluarga yang sentiasa ada di sisi kita..Don't give up Yana..Berusaha,Tawakkal,dan Berdoa,.Itu antara kata-kata yang selalu aku dengar.

So,guys..Meski jalan yang kita hadapi sulit, itu bukanlah alasan untuk menyerah. Kemudahan akan selalu datang setelah kesulitan, percayalah.

NUKILAN IKHLAS DARI KU...


Ahad, 9 September 2012

Created with PhotoShake for Android